Memuat turun
0%

PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN

Tarikh: 21/09/20

 

Suite 3.11 Level 3 Menara Ampwalk North Block No.218 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur

Tel: 03 2161 1999 Faks: 03 2163 1999


KENYATAAN MEDIA

 

20 September 2020 - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) bersedia menjemput semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai Ahli Persatuan bagi melibatkan diri dalam kerja-kerja amal serta membantu usaha-usaha dalam membantu Kerajaan dalam kerja-kerja sosial masyarakat dan mengeratkan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum.

Pelantikan Ahli Kehormat PKRM tertakluk kepada beberapa peraturan dan syarat-syarat ahli untuk menjaga nama baik persatuan dan setiap pelantikan ahli juga akan ditapis daripada kes-kes berkaitan jenayah ataupun rasuah sebelum keahlian diluluskan.

Apabila anda berdaftar menjadi ahli, yuran keahlian yang terkumpul akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan kepada masyarakat dan ini termasuk dalam membantu memberikan sumbangan alat-alat perubatan, merawat penyakit kronik, membantu keluarga fakir miskin, mewujudkan peluang pekerjaan dan punca pendapatan yang dapat membantu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dan banyak aktiviti-aktiviti sampingan seperti program cegah jenayah, program kesedaran HIV/AIDS , penerbitan risalah bacaan dan lain – lain lagi.

Oleh yang demikian , PKRM menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu dan tampil dengan mendaftar menjadi ahli dan seterusnya mengikuti perkembangan dari masa ke semasa dalam pelaksanaan aktiviti kepada rakyat. Untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan boleh berhubung dengan Pn Mastura binti Umar Baki 03-2161 1999 / HP:017-3581553.

Kepada yang berminat dan ingin membantu, sila layari lama portal www.rakyatmalaysia.org.my dan membuat pendaftaran secara online dan pembayaran yuran pendaftaran terus. Pihak persatuan akan mengesahkan pelantikan ini dengan penyediaan surat pelantikan, sijil penghargaan, pelekat kereta, plak penghargaan, kad touch n go, resit pengecualian cukai dan plak kehalian kereta (Untuk Kegunaan Ahli Kehormat/ Seumur Hidup Sahaja)

Setiap sumbangan anda melalui pendaftaran keahlian ini akan membantu ramai individu dan keluarga yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berdaftar dan bersedia Bersama barisan kami untuk menjadkan negara kita sebagai sebuah negara yang mengekalkan perpaduan berbilang kaum dan Malaysia Prihatin. Walaupun kita berbeza dari segi kaum, agama dan bangsa, Malaysia terbukti dengan semangat perpaduan (UNITY) yang terpanggil di seluruh dunia. Marilah kita Bersama- sama menjamin kesejahteraan rakyat dan negara tercinta Malaysia.

Saya juga menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus mematuhi kepada SOP-SOP cegah Wabak Covid 19 dan pastikan jarak sosial, amalkan kekerapan mencuci tangan , gunakan sanitizer dan memakai pelitup muka ( Face Mask ) apabila berada ditempat-tempat yang sesak. 


#kitajagakita #cegahcovid19 #kitapastiberjaya

 

Haji Isma Zaimei bin Ishak

Naib Pengerusi

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

20 September 2020

Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021