Memuat turun
0%

MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Tarikh: 30/10/20

 



SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)


Kuala Lumpur 30 Oktober 2020 – Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia YH Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (B) Dato’ Ranjith berkata , Kerajaan harus melanjutkan moratorium bayaran balik pembiayaian yang telah berakhir secara automatik 30 September yang lalu.

Sepertimana yang sedia dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan kepada pemohon untuk membuat permohonan terus dengan pihak perbankan, kebanyakan permohonan masih bergantung dan tidak menerima kelulusan di atas pelbagai sebab dan perlaksanaan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) dan  PKP Pemulihan (PKPP)  juga memberikan kesan ke atas peminjan yang tidak memohon melanjutkan tempoh moratorium apabila beranggapan tamatnya tempoh pada 31 Ogos 2020.

Kami ingin memohon proses moratorium ini sepatutnya dijadikan secara automatik berdasarkan jumlah kes pendamik COVID 19 yang tidak menentu hala dan pelbagai peringkat perniagaan terjejas dan tidak dapat membuat bayaran pembiayaian ikut kepada masa tertentu. Sebagai contoh , pemilik restoran makanan, yang hanya bergantung kepada keuntungan harian, terpaksa menjadi mangsa apabila pinjamannya tidak dapat dibayar akibat impak perniagaan akibat daripada pelaksanaan PKPB semula yang juga mengarahkan sebahagian pekerja untuk berkerja dari rumah dan disarankan  tidak mengunjungi pusat membeli belah bagi menggelakan penularan tetapi tidak memberikan cadangan kepada peniaga-peniaga yang terpaksa berdepan dengan kerugiaan yang teruk.

PKRM berharap , pihak perbankan juga harus tampil membantu Ketika kita berdepan dengan pandemik Covid 19 kerana sekiranya golongan ini tidak dibantu maka  mereka terpaksa berdepan dengan jumlah hutang yang tinggi apabila mendesak mencari pinjaman dari pihak ketiga untuk membuat bayaran balik pinjaman semasa dan ini membolehkan mereka berhadapan dengan masalah pembayaran balik, masalah tekanan emosi , masalah rumah tangga dan sebagainya.

Banya pernigaan semakin merosot dan banyak yang dibuang kerja dan dihentikan. Kita harus faham situasi semasa dan bagaimana kita dapat mengatasinya. Peluang untuk mengekalkan kemampanan pendapatan bulanan menjadi tanda soal akibat daripada penjejasan perniagaan. Kita harus bertindak segera sebelum ramai lagi PKS yang mengulung tikar dan ini akan memberikan kesan kepada kadar pengganguran yang tinggi.

Kesan-kesan ini juga akan memberikan implikasi dan beban kepada Kerajaan supaya masalah rumahtangga dan punca pendapatan isi keluarga terjejas dan Kerajaan terpaksa bertindak. Cadangan awal dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi apabila adanya bantuan moratorium ini.

Kesukaran yang dihadapi oleh rakyat sekarang harus dinilai dan semua pihak harus berganding bahu dalam membantu antara satu sama lain. 

Sebagai contoh , hasil tinjauan kami mendapati penyewa dan pemilik bangunan juga harus berbincang dan mencari jalan yang betul supaya kedua-dua pihak dapat terus komited dalam kaedah pembayaran sewa secara berperingkat tanpa memaksa untuk mengosongkan bangunan. Kini kami mendapati pelbagai perniagaan di Gedung – Gedung mengalami kerugian teruk dan jualan harian turun sebanyak 70%.

Menurut Pengerusi PKRM Dato’ Ranjith, “ Masih ramai lagi rakyat belum mencapai tahap pendapatan yang kukuh untuk membayar pembayaran pinjaman balik apabila mereka terpaksa menerima hakikat pengurangan tempoh berkerja , tiada pembayaran kerja lebihan masa dan lain-lain pemotongan pembayaran oleh majikan masing-masing. Kesan ke atas ekonomi amat tertekan apabila Mak Cik yang jual Nasi Lemak di tepi jalan pun mengalami kerugian oleh kerana pelksanaan PKPP dan berkerja dari rumah.

Satu- satunya cara untuk menyelamatkan golongan rakyat yang terjejas ini adalah dengan menawarkan Moratorium secara automatik dan dilanjutkan tempoh sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2021 supaya semua pihak mampu Kembali stabil dan dengan harapan Vaksin COVID 19 ini dapat membantu penularan virus ini.

Dato’ Ranjith berkata, Pihak Kerajaan mampu tampil ke hadapan dengan mengarahkan pihak industri perbankan melakukan yang terbaik untuk peminjan apabila mereka berada dalam situasi kesukaran. Apa yang penting sekarang adalah kita Bersama-sama membantu golongan yang terjejas dan menghulurkan bantuan sepenuhnya sehingga kita mampu mengatasi penularan ini. Pertimbangan dan Kerjasama semua pihak amatlah dialu-alukan.

Disediakan Oleh:

 

 

 

 

Haji Isma Zaimei Bin Ishak

Naib Pengerusi

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

E:isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my

Aras 3 Suite 3.11 Menara Ampwalk North Block

No.218 Jalan Ampang

50450 Kuala Lumpur

TEL: 03-21611999 , 2164 4999 FAX:603-2163 1999

Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021