Memuat turun
0%

PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM

Tarikh: 29/04/21

 


SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)

 

Kuala Lumpur - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) berkomited dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMC) Putrajaya. Penyerahan Bantuan Kerusi Roda di buat di Pejabat PKRM melalui Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pn Mastura binti Umar Baki kepada En Hafiz dan wakil daripada PKMC- Putrajaya. Fasa ini PKRM bersetuju membantu 5 (LIMA) penerima yang disetujui Bersama oleh PKMC iaitu Pn Esah binti Awang, En Wan Hailmey bin Mahrawi, En Sheikh Feruq bin Sheikh Ya’karim, Pn Esah binti T.Mohamad dan Pn Mariam binti Darus.

Inisiatif ini dilaksanakan dibawah program “ BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)” tanpa mengira kaum , agama dan bangsa. Kami sangat mengalu-alukan Kerjasama daripada setiap agensi kerajaan , swasa , individu yang berkebolehan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui program ini.


Untuk makluman semua, PKRM tidak berhenti dalam membantu golongan yang memerlukan sumbangan apabila individu tersebut terpaksa bergantung keperluan kerusi roda di atas sebab kemalangan , penyakit kronik dan sakit tua. PKRM sedia membantu golongan ini dengan syarat mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat JKM dan menghantarkan permohonan ini ke pejabat PKRM.

Kami menyeru pemohon yang memerlukan bantuan boleh berhubung terus dengan pejabat JKM berdekatan dan membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kerusi roda dibawah inisiatif BKRRM.

 

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini supaya edaran bantuan ini sedikit sebanyak membantu pergerakan individu kurang upaya. Bagi penaja - penaja yang sudi menjalin kerjasama dibawah program ini boleh berhubung dengan PKRM di talian 03-21611999,03-21644999 atau emel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my.


Untuk maklumkan , setiap sumbangan yang diterima adalah layak untuk pengecualian cukai( Tax Exempted). Sumbangan boleh dibuat di atas nama " Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM)" A/C Maybank : 5145 4313 4937 . Sumbangan Tunai adalah tidak digalakan.

 

Disediakan Oleh:

HAJI ISMA ZAIMEI BIN ISHAK

Naib Pengerusi
Kuala lumpur
28 April 2021

Emel:Isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my


Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021