Memuat turun
0%

COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI

Tarikh: 20/05/21

 




SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini berdepan dengan gelombang penularan COVID 19 yang merekodkan kes jangkitan yang paling tertinggi mencecah sehingga 6800 sehari dengan kes kematian sebanyak 69 memang merupakan perkara yang amat membimbangkan. Kita berdepan situasi samada Hidup atau Mati!

 

ISU SEWA PREMIS

Peniaga-peniaga serta sektor ekonomi kini berdepan dengan situasi yang amat mencabar berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang serius sehingga berlakunya jumlah pengangguran yang lebih tinggi tidak lama lagi. Keadaan masalah COVID 19 semasa berserta  ketidakstabilan ekonomi dan politik menyebabkan pelbagai pihak mengambil Tindakan untuk bergulang tikar apabila tekanan ke atas perniagaan mereka yang diwajibkan membayar sewa premis, gaji pekerja , bil utiliti dan lain lain tidak dipertimbangkan.

Menurut hasil temuduga dengan beberapa pemilik kedai di sekitar lembah klang, di dapati premis-premis mereka diwajibkan membayar sewa penuh tanpa sebarang pengecualian diberikan walaupun Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi dengan mengumumkan sektor ekonomi dibuka seperti biasa. Kami ingin meminta penjelasan pihak Kerajaan, apakah nasib pemilik-pemilik Restoran khususnya yang hanya bergantung dengan pendapatan harian berdasarkan kapasiti serta pendapatan sesebuah restoran hanya bergantung kepada jumlah kerusi untuk “Dine In” dan menurut sumber rasmi di dapati peneraju platform penghantaran makanan dalam talian terkenal seperti Foodpanda dan Grabfood tidak mampu membantu mereka untuk menghasilkan pendapatan minimum seharian dan agak sukar untuk mereka membayar upah pekerja, bil utiliti dan sewa premis kerana hampir 20-30% hasil jualan kos makanan harus dibayar kepada platform penghantaran tersebut. 

Selain itu, saranan Kerajaan yang menyeru majikan untuk mengarahkan pekerja mereka berkerja dari rumah ataupun Work From Home (WFH) juga memberikan kesan yang teruk apabila hampir semua jenis perniagaan terjejas dan apatah lagi perniagaan restoran yang terpaksa mengalami kerugian dalam menyediakan bahan masakan setiap hari dan terpaksa dibuang pada hujung hari kerana tiada pelanggan seperti biasa.

Kerajaan seharusnya memberikan saranan yang baik kepada kedua-dua pihak termasuk pemilik premis dan penyewa untuk bersama-sama mengatasi masalah dan kesukaran apabila Kerajaan memutus untuk mengumumkan langkah PKP,PKPB atau PKPD.

Pelaksanaan PKP tidak boleh dilaksanakan kerap kali kerana ianya menjejaskan pelbagai sektor untuk terus mengekalkan kemampanan pendapatan masing-masing. 

Oleh kerana wujudnya masalah pembayaran sewa dan perbicaraan rundingan yang tidak manis, akhirnya ramai peniaga memutuskan untuk tidak meneruskan operasi perniagan mereka dan ini secara langsung menyebabkan ramai golongan akan hilang pekerjaan dan jumlah pengangguran di negara kita terus meningkat.

Menurut Pengerusi PKRM YH Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (K) Datuk Ranjith berkata , Kerajaan harus melihat implikasi dari semua sudut supaya semua sektor dapat diselamatkan sambil menguruskan pengawalan pencegahan COVID 19 dibuat secara lebih teratur berdasarkan SOP – SOP yag ditetapkan supaya ianya dapat dipatuhi oleh semua.

 

ISU KOMPAUN

Baru-baru ini tertular juga banyak kes-kes kompaun langgar SOP yang dikenakan mencecah hampir beribu-beribu dan kompaun ini boleh dibuat rayuan supaya ianya dapat dikecualian pembayaran atau dikurangkan untuk kadar yang lebih rendah. 

Ramai yang tanya apa tujuan sebenarnya kompaun ini dikenakan apabila ianya tidak sangat memberikan kesan apabila kompaun-kompaun ini dapat dikecualikan dengan rayuan dan tidak memberikan kesan ke atas beberapa selebriti yang sengaja mengulangi kesalahan mereka.

Sepatutnya tujuan mengeluarkan kompaun adalah untuk rakyat mengambil berat akan kesalahan mereka dan tidak samasekali mengulangi semula, tetapi sekarang mereka sengaja mengulangi kesalahan yang sama dengan alasan mereka boleh membuat rayuan. Kami memohon pihak berkuasa mengemukakan jumlah kompaun dan jenis -jenis kesalahan yang jelas dan tidak memberikan sebarang tawaran kompaun kepada mana-mana individu tak kira kaya atau miskin. Kita harus tegas apabila melaksanakan sesuatu Tindakan yang harus dijadikan amalan oleh rakyat.

 

YURAN SEKOLAH SWASTA

Selain itu, dalam sistem persekolahan swasta atau antarabangsa kita harus memahami bahawa sepanjang tempoh penularan kes COVID 19 dibawah PKP  hampir kesemua sekolah – sekolah diarah ditutup dan meneruskan pembelajaran dalam talian. 

Dalam perkembangan tersebut, melalui semakan kami juga mendapati ramai ibu bapa penjaga terus diarah membuat bayaran yuran pembelajaran penuh tanpa sebarang diskaun / pengecualian dalam bil-bil mereka sedangkan pembayaran yuran sekolah bergantung kepada pelbagai aspek seperti penggunaan fasiliti di sekolah dan aktiviti-aktiviti fizikal harmoni. 

 

Kami memohon Tindakan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengeluarkan cadangan yang sebaik boleh kepada golongan pelajar-pelajar swasta dan antarabangsa memperolehi pengecualian yuran sehingga 30-50% bagi mengurangkan beban ibu bapa penjaga yang berdepan dengan situasi COVID 19 semasa.

 

PROGRAM VAKSINASI


Penularan wabak COVID 19 ini tidak dapat dikawal sepenuhnya di negara kita apabila jumlah vaksinasi hanya diberikan kepada jumlah yang kecil berbanding jumlah penduduk di Malaysia dianggarkan sebanyak 32.73 juta merangkumi hampir 91.2 % warganegara dan 8.8% bukan warganegara. 

Program vaksinasi harus diperluaskan sepenuhnya supaya sebahagian jumlah rakyat menerima vaksinasi secara lengkap dan memastikan SOP-SOP diperketatkan sepenuhnya. Seperti yang dirancangkan oleh Kerajaan program ini harus diwajibkan dan memberikan kesedaran kepada rakyat untuk mengamalkan kehidupan norma baharu berhadapan dengan gaya hidup akibat COVID 19. Kami menyeru Kerajaan mempercepatkan program Vaksinasi dengan mengerakkan lebih ramai lagi pakar-pakar perubatan mengikut kawasan atau lokasi yang bergejala.

 

BAJET KERAJAAN

Bajet Kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk kita mengekalkan asset-aset di Hospital seperti kemudahan fasiliti katil-katil ICU” . Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengumumkan kita hanya mempunyai lebih kurang 730 katil icu untuk jumlah anggaran penduduk hampir 32.73 juta memang satu perkara yang harus diberikan perhatian segera.

Kami bagi pihak Kerajaan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia  supaya sentiasa mengamalkan prinsip berjaga-jaga dan menjemput perhatian semua marilah kita bersama-sama membantu adik beradik , ibu bapa , keluarga , rakan dan semua sahabat kita tanpa mengira kaum , agama bangsa dan status untuk terus kekal sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan YBhg Tan Sri Noor Hisham Abdullah sentiasa memberikan saranan untuk kita mengamalkan kebersihan diri , memakai pelitup muka , dan kerap gunakan sanitiser adalah langkah-langkah wajib yang harus kita menjadikan amalan.

Kini kita berada dalam tekanan wabak COVID 19 yang terus merebak dan menyebabkan ramai individu terpaksa dimasukan ke wad ICU untuk bantuan penafasan dan ini berkemungkinan kita akan berdepan dengan masalah fasiliti ICU apabila kes kritikal terus meningkat.

Menurut sumber dan jumlah peruntukan yang diagihkan di dalam Belanjawan 2021 berkemungkinan tidak mencukupi untuk memerangi COVID 19 yang terus berada dikalangan kita semua. Kerajaan sedang mengambil langkah-langah proaktif dalam mendapatkan bekalan vaksin untuk diberikan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Kami juga menjemput mana-mana pihak / individu yang mampu memberikan apa jua jenis bantuan dan sumbangan untuk tampil membantu usaha Kerajaan menguruskan situasi COVID 19 di negara kita.

 

HIDUP ATAU MATI

Setiap individu harus sedar bahawa pencegahan penularan wabak COVID 19 bukan sahaja tanggungjawab Kerajaan sepenuhnya tetapi semua pihak harus mengambil langkah – langkah tertentu dalam menjaga kesihatan sendiri dan keluarga masing-masing bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Hampir seluruh negara kini berdepan dengan penularan Virus COVID 19 dan setiap Negara berkerja keras dalam mempertahankan keselamatan dan kesihatan penduduk masing-masing dengan mengambil kira SOP-SOP yang ditetapkan dan sentiasa berjaga-jaga.

Ingat, COVID 19 tidak akan berakhir dengan begitu mudah , ia akan berterusan dan akan bersama komuniti kita tanpa pengetahuan kita. Oleh itu saranan kami adalah untuk terus berada dalam keadaan selamat dan berjaga-jaga. Sekiranya anda terasa mempunyai sebarang kesan ataupun terdedah dengan jangkitan COVID 19 sila mengambil langkah untuk merawat segera. Ingat, anda bertanggungwab untuk nyawa sendiri.

 

TINDAKAN SEGERA

Kita sudah hampir tidak ada masa lagi dan kami memohon pihak Kerajaan membincangkan cadangan – cadangan kukuh serta melaksanakan garisan panduan yang lebih teratur khususnya kepada sektor PKS dan sektor perniagaan supaya sistem ekonomi negara terus menjana pendapatan kepada ekonomi semasa negara bagi memastikan pentadbiran Kerajaan sentiasa berada di paras yang mendahulukan kestabilan kemajuan Negara. 

Dalam tempoh PKP, hanya beberapa sektor sahaja sekadar yang terus kekal selamat dengan perniagaan mereka tetapi yang terkesan adalah ramai apabila wujudkan pelbagai sekatan kepada mereka. 

 

MORATORIUM AUTOMATIK

Kami juga memohon pihak Kerajaan untuk menawarkan bantuan Moratorium Automatik tanpa faedah tambahan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun 2020 dan kemudahan penstrukturan pinjaman bagi membolehkan golongan yang terjejas ini teruskan usaha serta bertindak mempertahankan perniagaan mereka daripada terus mengalami kebankrapan.

 

KEKALKAN KEPUTUSAN RENTAS NEGERI/ DAERAH

Kami mencadangakan rentas daerah dan rentas negeri tidak dibenarkan sehingga kes menurun dan ianya diberikan pertimbangan semula apabila kita Berjaya mencapai objektif-objektif lain dalam aspek membendung penularan COVID yang terus meningkat.

 

KLINIK BERGERAK 

Kementerian Kesihatan Malaysia diminta membuat Tindakan serta merta mengerakan Klinik Bergerak ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang besar untuk membuat saringan Swab Test bagi mengenal pasti kes-kes positif supaya kita dapat memutuskan rantaian daripada terus merebak

 

GERAKAN PASUKAN RELA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus mengerakan pasukan anggota RELA Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara untuk membantu membuat pemantauan  dan membuat semakan berkaitan rekod My Sejahtera dan rekod suhu badan sentiasa diamalkan dan diambil semua.

RELA seharusnya diberikan kuasa untuk mengeluarkan kompaun-kompaun ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan SOP yang ditetapkan.


BANTUAN DARI PKRM

Menurut Datuk Ranjith, PKRM kini berkerja rapat dengan jalinan strategik Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam melaksanakan KEMPEN KESEDARAN DAN PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU COVID 19 yang membantu usaha Kerajaan menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang baharu selaras dengan situasi gelombang COVID 19. Selain ini PKRM juga memberikan tumpuan sepenuhnya ke atas usaha membantu Frontliners dalam memberikan bantuan barangan PPE, Face Mask, Sanitiser , Minuman dan Makanan bagi memberikan semangat kepada Frontliner yang berkerja siang dan malam dalam usaha membantu kita kekal hidup dengan sihat dan sejahtera.

PKRM berkerjasama dalam aspek menetukan keharmonian kepada semua pihak tanpa melihat warna kulit, agama , bangsa dan keturunkan. Kami sedia menjalin Kerjasama dengan semua pihak yang bersedia membantu usaha Kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID 19 ini sehingga kita Berjaya.

Mana-mana sektor korporat yang ingin turut menyumbang peralatan keselamatan boleh hubungi kami 03-21611999 , 03-2164 4999 Cik Mastura Umar Baki 017-358 1553 | Whatsapp 012-3291273 atau melalui emel : urusetia@rakyatmalaysia.org.my . Ingat , "Kita Mesti Menang".

 

Disediakan Oleh:

HAJI ISMA ZAIMEI BIN ISHAK

Naib Pengerusi
Kuala Lumpur
20 Mei 2021

Emel:Isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my

 

 

 

Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021