Memuat turun
0%

Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !

Tarikh: 26/06/21

 

SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM)




 

Sejak kebelakangan ini, kehidupan kita berubah secara drastik. Setiap hari, nampaknya kita harus menghadapi dunia yang tidak dapat kita kenali, apatah lagi membayangkan berakhirnya pandemik yang telah mengubah hidup kita terbalik. 

 

Apabila kita membentuk kembali kehidupan seperti sedia kala jangan sampai kita melupakan sumbangan para petugas hadapan yang berkerja siang dan malam  melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membendung penularan wabak COVID 19.

 

Kami menghormati doktor, jururawat, profesional perubatan, pekerja penjagaan kesihatan, anggota Polis, anggota Rela , pembersih, petani, penjual pasar, kerani bank, pekerja runcit, pemandu penghantaran, pengumpul sampah, pengawal keselamatan, dan semua barisan hadapan dalam pertempuran ini COVID-19.

 

Sepanjang Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Frontliners kitalah yang menjadi orang pertama yang mengawal keadaan dan memastikan pergerakan kita sentiasa terkawal. Bukan mudah untuk mengawal semua tetapi , apa yang dilaksanakan itu amatlah dihargai.


 

Walaupun pelbagai langkah-langkah diambil oleh Kerajaan dalam membendung penularan penyakit virus COVID 19, harus kita ingati bahawa kita masih merekodkan kes yang tinggi berbanding PKP 1.0 dan 2.0. Ini jelas menunjukan bahawa kita masie belum menang dan harus mematuhi SOP yang ditetapkan, dan berjaga-jaga walaupun kita berada dalam tempoh darurat dan PKP.

 

Kami berasa sedih melihat Frontliners kita yang berkerja setiap hari tak kira siang dan malam . Keupayaan kami adalah untuk mengedarkan sedikit sumbangan makanan dan minuman sebagai tanda memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka untuk terus berdepan dengan suasana yang mencabar.

 

Bukan mudah untuk berkhidmat apabila mereka ketahui bahawa diri mereka berada dalam risiko tinggi tetapi, apa yang mereka lakukan adalah luar biasa demi membantu kita duduk dirumah kekal sihat dan sejahtera. Mereka juga mempunyai keluarga tetapi mereka sayangkan kita juga.

 

 

 

 

 

 

 

Kita tidak dapat memberikan jumlah pujian yang cukup untuk mengucapkan penghargaan kepada Frontliners kita kerana mereka layak mendapat lebih dari sekadar tepukan atau ucapan terima kasih.

 

Negara kita kini berada dalam tempoh PKP 3.0 dan ini merupakan satu tahap yang kritikal kepada semua pihak termasuk Kerajaan yang pada prinsipnya berkata pelaksanaan PKP akan memerlukan peruntukan yang amat besar dan Kerajaan tidak dapat melaksanakan PKP 3.0 tetapi akhirnya dilaksanakan juga. 






 

Semalam Menteri Mosti YB Khairy Jamaluddin berkata YAB Perdana Menteri bersedia dan akan membuat pengumuman bantuan berskala besar. Ingin diperjelaskan bahawa, bantuan daripada Kerajaan bukan semata-mata dapat menyelesaikan segala hutang dan bil-bil tetap yang telah dan sedang dibelanjakan oleh sesebuah isi keluarga. Bantuan yang melibatkan berbillion-billion ringgit juga mengelirukan rakyat apabila Kerajaan sentiasa memberitahu dana tidak mencukupi tetapi bantuan berskala besar dapat dilaksanakan.

 

 

Kerajaan harus memikirkan dari semua aspek , orang atasan, orang biasa dan orang bawahan .Hampir semua golongan termasuk Ahli Perniagaan juga terjejas dengan teruk. Ini akan memberikan kesan buruk ke atas kebajikan pekerja-pekerja mereka dan ada juga kes-kes digantung kerja dan ditamatkan tempoh perjanjian kerja / pembatalan kontrak kerja. Sebagai contoh pemberian bantuan pinjaman kewangan daripada peruanskan memerlukan penyata kewangan yang kukuh sekurang-kurangnya untuk satu tahun , tetapi dokumen yang dimiliki Oleh kebanyakan perniagaan yang terjejas menunjukan pelbagai kerugian dan akhirnya permohonan mereka ditolak. Apakah tindakan Kerajaan untuk mereka yang terjejas ini ?

 

Bantuan daripada Kerajaan pada masa ini mungkin membantu segelintir kumpulan sasar sahaja dan setahu kami banyak NGO-NGO juga tidak mampu membiayai kos-kos sepanjang tempoh PKP kerana tiada bantuan diterima daripada orang ramai mahupun daripada penaja - penaja apabila perniagaan mereka turut mengalami kerugian.

 

Rakyat Malaysia hanya boleh Kembali selamat apabila Kerajaan mempercepatkan program pemberian vaksin secara meluas dan membenarkan semua ekonomi dibuka dengan menetapkan SOP. Tidak ada lagi pengumuman untuk “Total Lockdown” dan biar kita pastikan semua individu mempunyai passport vaksin apabila akses ke mana-mana tempat.

 

Kita perlu berfikir secara praktikal dan tidak boleh membawa isu COVID 19 sebagai salah satu isu dipolitikan , yang penting kita nak pastikan semua selamat dan tiada lagi adanya kehilangan nyawa. Setiap hari kita merekodkan kematian hampir 70-80 orang dan perkara ini harus dielakkan dengan segera.

 

 

Sekiranya kita nak Berjaya, semua pihak harus berkomited dan memberikan Kerjasama tanpa mengira  kaum, agama, bangsa ataupun adanya unsur-unsur politik - politik. Fikirkan masa depan negara kita , buka semula ekonomi , benarkan semua berkerja dan cari jalan alternatif untuk kawal Covid 19. Yang Pentin Rakyat Malaysia wajib hidup balik dan bukan jatuh dengan tekanan emosi.

 

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia ditubuhkan sejak dari tahun 2013 dan komited dalam membantu usaha-usaha Kerajaan dengan melengkapkan sebahagian tugasan Kerajaan. Kepada mana-mana pihak penaja atau individu yang berkebolehan untuk membantu dan menaja Foodbox boleh berhubung dengan kami ditalian 03-21611999 atau Cik Mastura binti Umar Baki 017-358 1553 | Whatsapp : 012-3291273. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penaja yang tampil membantu menjayakan program Foodbox ini.


Kami juga sedia mengumumkan program penghargaan dengan pemberian elaun khas kepada Frontliners kita yang berjaya.Sila ikuti maklumat di Instagram kami@rakyatmalaysia.official.

 

 

25 Jun 2021

 

Haji Isma Zaimei Bin Ishak

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Naib Pengerusi

E:isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my

 

 

 

 

 

 

 

Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021