Memuat turun
0%

GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP

Tarikh: 01/07/21

 




SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA 

 

GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP

 

1 Ogos 2021- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia  meminta kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk negeri-negeri yang mencatatkan kes COVID 19 yang rendah bagi meneruskan kegiatan ekonomi demi kelangsungan hidup.

 

Menurut  Naib Pengerusinya Haji Isma Zaimei bin Ishak berkata , sudah tentu semua syarikat  akan akur dan sentiasa patuh dengan arahan kerajaan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ketika kita masih berada dalam Fasa Pemulihan. Sekatan Rentas Daerah boleh dikekalkan sehingga semua Negeri diberikan kelulusan untuk merentas.

 

Apa yang kami dapat lihat adalah, ada beberapa negeri – negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Perlis, Melaka dan Kedah boleh dikecualikan dari PKP dan dibenarkan menjalankan aktiviti ekonomi  supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

 

Pada Ketika ini hampir semua pihak berada dalam keadaan berkurangan , apatah lagi yang terjejas dengan pendapatan harian. Bantuan Kerajaan yang diumunkan melalui Skim PEMULIH sedikit sebanyak sahaja yang akan membantu rakyat untuk meneruskan kelangsungkan hidup.

 

 

Sepertimana yang semua ketahui, kes COVID 19 agak susah untuk dikawal dan dijadikan rekod sifar dan perkara ini bukan sebegitu mudah. Apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Program Vaksinasi Kebangsaan adalah satu usaha yang harus dipercepatkan dan diberikan suntikan segera kepada semua rakyat segera. Inilah satu-satu harapan kepada rakyat Malaysia untuk kita Berjaya dan keluar dari gelombang Pandemik COVID 19.

 

Kami menyeru Kerajaan memberikan akses kepada pemegang-pemegang Sijil Digital Vaksin yang telah menerima suntukan 2 Dos untuk bergerak dan melangsungkan kehidupan mereka seperti biasa. Ini juga akan mendorong semua individu tampil membuat pendaftaran segera untuk vaksinasi di atas sebab keraguan akan dikecualikan dari keistimewaan bergerak dan sebagainya.

 

Sehubungan itu, kami  merayu kepada pihak kerajaan untuk menetapkan SOP yang lebih ketat dan benarkan semua perniagaan beroperasi segera di negeri-negeri yang merekodkan kes covid 19 yang rendah dan tidak perlu untuk menunggu sehingga bulan September 2021 untuk memasuki fasa pemulihan beroperasi.

 

Seperti yang kita ketahui dari semua sudut, sektor ekonomi perkilangan yang mencatatkan rekod kes COVID 19 yang tinggi, oleh itu kita dapat terus memantau dan memastikan kilang-kilang ini menjalankan ekonomi berdasarkan SOP yang lebih ketat. Kami memohon pihak Kementerian Sumber Manusia bergerak dan Kementerian Kesihatan Malaysia segera  membuat lawatan dan  memberikan pantauan secara mendalam ke atas syarikat -syarikat yang menyumbangkan kes-kes COVID 19.

 

Rakyat Malaysia sangat bimbang dan risau dengan kelangsungan hidup yang terhimpit akibat wabak COVID-19 disebabkan tiada tawaran kerja , kehilangan punca pendapatan terus menyebabkan keadaan kehidupan mereka semakin tertekan.

 

Kami dengan rendah diri  menuntut agar kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia untuk menggunakan sijil digital my sejahtera untuk keluar dari SOP PKP dan memberikan pengecualian untuk bergerak.

 

 Disediakan Oleh:

 

 

MASTURA BINTI UMAR BAKI

Ketua Pegawai Perhubungan Awam merangkap Penolong Bendahari

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

E: urusetia@rakyatmalaysia.org.my




Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021