Memuat turun
0%

RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN

Tarikh: 17/08/21

 




SIARAN MEDIA/ MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA 

 


 

Kuala Lumpur 17 Ogos 2021 – Negara kita kini berada dalam kemelut politik yang membimbangkan apatah lagi Ketika kita masih berdepan dengan situasi mencari jalan selesai untuk pulih daripada penularan wabak virus COVID19. Semalan mantan Perdana Menteri Tan Sri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin telah mengumumkan perletakan jawatan beliau dan membubarkan Kabinet Perikatan Nasional.

 

Sebagai sebuah Pertubuhan yang menyuarakan suara rakyat Malaysia yang dikasihi, kami secara rasmi ingin menggucapkan terima kasih kepada pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional di atas usaha dalam menanggani pandemik sejak tahun lepas lagi.

 

Sebagai usaha mendahulukan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia, kami memohon agar seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyatukan perpaduan dan memberikan sedikit masa kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dalam menentukan pelantikan Kerajaan Baharu . 

 

Kami faham keresahan segelintir masyarakat diluar sana yang masih bimbang akan kepastian sistem kesihatan apabila kes COVID 19 masih berada di paras yang membimbangkan , walaubagaimanapun sepertimana yang dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dato' Seri Zuki bin Ali , Sistem Kerajaan dalam menguruskan pentadbiran dan hal ehwal Kerajaan masih kekal berterusan seperti biasa tanpa sebarang halangan.

 

Saya selaku Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dan Penasihat , Jabatan Sukarelawan Malaysia WPKL (Pandan) ingin meminta seluruh Rakyat Malaysia terus sedia berikan mandat kepada keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat dalam penubuhan sebuah Kerajaan yang stabil untuk terus memberikan perkhidmatan yang diperlukan sehingga  ke PRU akan datang. 

 

Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak untuk terus memberikan fokus dalam menangani perang COVID 19 dan teruskan usaha-usaha dalam mendepani pandemik dan keputusan imuniti kelompok juga akan membolehkan kita memfokuskan kepada proses pembukaan sektor ekonomi yang mampu memberikan kelegaan untuk pengusaha-pengusaha Kembali meneruskan aktiviti seperti biasa.

 

Kami di Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia tidak sama sekali kompromi dengan mana-mana pihak jika kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia diusir atau dipinggirkan oleh mana-mana pihak. saya dan entera jawatankuasa kami yang komited beraam Kerajaan sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik hasil daripada komitmen Kerajaan supaya sebahagian tugasan Kerajaan dipikul untuk kebaikan bersama. Sebagai Rakan Perpaduan dibawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Jabatan Perdana Menteri kami sentiasa mendepankan halatuju "Perpaduan" dalam apa dua keadaan dan memberikan fokus utama dalam perlembangan Kerajaan dan Rukun Negara.

 

Demi kepentingan rakyat dan negara marilah kita semua lapisan masyarakat Malaysia tidak mengira kaum ,agama , status dan bangsa tampil komited dan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta mengharapkan kepimpinan baharu yang baik dalam menjayakan urusan-urusan Kerajaan dilaksanakan dengan penuh baiknya.

 

Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia mengenepikan segala perbezaan dan teruskan perjuangan untuk masa depan negara dan kesejahteraan keluarga.


YH Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (K) Dato' Ranjith

Pengerusi, Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Penasihat, Jabatan Sukarelawan Malaysia WPKL- Pandan- Kementerian Dalam Negeri

Ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

E: pengerusi@rakyatmalaysia.org.my


T:03-21611999 Setiausaha Akhbar Siti Zulaiha Roslan Chew 017-926 8186 


 

 

Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021