Memuat turun
0%

PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Tarikh: 23/08/21

 






















SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA 








Kuala Lumpur 23 Ogos 2021 – Keluarga Malaysia diangkat sebagai slogan pendirian utama oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam menyatu padukan seluruh Rakyat Malaysia komited dalam membantu menjayakan aspirasi Kerajaan khususnya dalam aspek Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat.

 

Di Bulan Sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi, kesungguhan YAB Perdana Menteri yang memberikan penekanan terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia menarik perhatian seluruh Rakyat Malaysia untuk memberikan Kerjasama sepenuhnya dalam melawan situasi pandemik COVID 19 dan membantu usaha Kerajaan dalam memerintah pentadbiran baharu dibawah halatuju mendahulukan "Keluarga Malaysia".

 

Di ata segala dasar Kerajaan dalam memberikan tumpunan terhadap penularan kes Covid 19 dan juga mengambil langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi semula , kami percaya setiap individu harus memberikan Kerjasama bagi menghasikan yang terbaik untuk semua dan kita harus ketepikan unsur-unsur politik dan menekankan prinsip kebersamaan.

 

 

Sempenan Bulan Kemerdekaan ini , kami menyeru semua rakyat perlu nyatakan kegembiraan mereka dengan mengibar lambang negara kita, Jalur Gemilang. Mereka perlu kibar Jalur Gemilang di semua pelusuk negara, di bandar dan di kampung, di kereta dan di rumah, di pejabat dan di kedai-kedai, di jalan-jalan dan di lautan pun. Biarlah dunia lihat bahawa negara kita selamat, dan diselamat oleh rakyat.

 

Kami terus berkerjasama dengan Kerajaan Baharu dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk menentukan rakyat terus maju serta Latihan kemahiran akan ditingkatkan supaya nilai ekonomi rakyat akan meningkat. 

 

 

Kami juga akan menyuarakan kepada pihak Kerajaan supaya harapan rakyat kali ini akan sambut baik melalui perancangan dan strategi Kerajaan. Kita semua sedar rancangan apa pun tidak akan berjaya jika tidak dituruti dengan kesediaan dan perlengkapan rakyat bagi merebut peluang-peluang yang akan diwujudkan tanpa dikira kaum, agama dan bangsa.

 

Kerajaan Perpaduan akan menegakan prinsip Keluarga Malaysia. Menepuk tidak mungkin berbunyi dengan sebelah tangan sahaja. Bulan Ogos sinonim dengan Bulan Kebangsaan yang semestinya perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti berbentuk patriotik dan kenegaraan bagi menzahirkan rasa cinta kepada Negara.

 

Bersamalah kita bangun tegap dengan bangganya untuk Sayangi Malaysiaku!, kerana negara inilah rumah kita.

 

 

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan, semoga Malaysia terus maju, aman dan harmoni.

 

Sekian, 

 

YH Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (K) Datuk Ranjith

Pengerusi

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Penasihat, Pusat Khidmat Komuniti RELA

Ahli, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia

E: Pengerusi@rakyatmalaysia.org.my

 

 

 



Arkib kenyataan-kenyataan media PKRM:
  1. 29/08/21KONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA
  2. 23/08/21PRINSIP KELUARGA MALAYSIA MENGETEPIKAN PERBEZAAN KAUM, AGAMA DAN BANGSA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
  3. 17/08/21RAKYAT DIDAHULUAKAN, KESEJAHTERAAN DIUTAMAKAN
  4. 01/07/21GUNAKAN SIJIL DIGITAL MY SEJAHTERA VAKSIN 2 DOS UNTUK RAKYAT BERGERAK DAN KELUAR DARI FASA PKP
  5. 26/06/21Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan , Anda Semua Hero Kami !
  6. 18/06/215 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) TERIMA SUMBANGAN EDARAN AIR MINUMAN
  7. 20/05/21COVID 19 ! HIDUP ATAU MATI
  8. 10/05/21ANCAMAN KE ATAS MASYARAKAT PALESTIN OLEH ZIONIS ISRAEL MENARIK PERHATIAN SELURUH UMAT ISLAM
  9. 08/05/21PUTUSKAN RANTAIAN COVID 19 SEGERA , RAKYAT HARUS BERTINDAK SEGERA !
  10. 29/04/21PKRM DAN PKMC (PUTRAJAYA) KOMITED MEMBANTU RAKYAT DIBAWAH INISIATIF BKRRM
  11. 17/04/21TAHNIAH IGP YDH TAN SRI ABDUL HAMID BADOR DAN YDH DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
  12. 16/02/21PROGRAM AHLI KEHORMAT / AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP
  13. 30/10/20THANK YOU FOR YOUR SUPPORT EDITOR"S AND MEDIA PARTNER'S
  14. 30/10/20MEMOHON KERAJAAN MELANJUTKAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA
  15. 07/10/20BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH DIMOHON SECARA ‘ONLINE”
  16. 21/09/20PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN
  17. 21/09/20JEMPUTAN MENDAFTAR AHLI PERSATUAN
  18. 19/04/20PKRM SEDIA MEMBANTU 100,000 TOPENG MUKA KEPADA RAKYAT MALAYSIA / FRONTLINER
  19. 01/04/20PENGHARGAAN KEPADA SUKARELAWAN PKRM
  20. 19/03/20KENYATAAN MEDIA COVID19
  21. 27/11/19EDARAN 10 UNIT KERUSI RODA KPWKM- JKM PUTRAJAYA
  22. 27/11/19CRIME PREVENTION IS EVERYONE’S RESPONSIBILITY
  23. 12/10/1914 HOSPITAL KERAJAAN SABAH AKAN MENERIMA MANFAAT MELALUI SKIM BKRRM
  24. 12/10/19PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITAPURI
  25. 26/09/19KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
  26. 23/09/19NEGARA LAHIRKAN MASYARAKAT YANG PENYAYANG MELALUI CSR
  27. 02/08/19CSR SUPPORT FROM APM AUTOMOTIVE HOLDINGS BERHAD
  28. 30/07/19SUMBANGAN KHAS SEMPENA HARI PERTABALAN AGONG YANG KE 16
  29. 14/06/19PROGRAM CEGAH JENAYAH SCAM DENGAN KERJASAMA PDRM, RELA DAN KDN
  30. 23/05/19RAMADHAN BERSAMA RUMAH BAITUL BARAKAH
  31. 22/05/19PASAR PUDU MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN TIKUS
  32. 22/05/19SEMBAH TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
  33. 10/05/19PENGECUALIAN CUKAI UNTUK PKRM
  34. 08/05/19PROGRAM BUKA PUASA BERSAMA PKRM
  35. 06/04/19BERHUBUNG AGIHAN BANTUAN KERUSI RODA KEPADA SELURUH NEGERI TERMASUK SABAH DAN SARAWAK SEJUMLAH 1200 UNIT KERUSI RODA SECARA KESELURUHAN
  36. 02/04/19PROGRAM AHLI KEHORMAT VIP
  37. 15/01/19BANTUAN KERUSI RODA RAKYAT MALAYSIA (BKRRM)
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
Visitor Hit Counter
Kemaskini: 23/10/2021