Selamat datang ke
Laman Web Rasmi PKRM!
Laman web akan dibuka selepas lagu Negaraku. Tutup
Memuat turun
0%
Kenyataan Media PKRMKONSEP KELUARGA MALAYSIA DISOKONG OLEH RAKYAT MALAYSIA (Klik untuk baca)

Tentang Kami

PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA (PKRM) adalah sebuah pertubuhan kebangsaan yang menjalankan sebahagian tugasan Kerajaan dalam menjaga kebajikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

PKRM bertanggungjawab untuk membina Negara berteraskan prinsip-prinsip yang berteraskan kepada perjanjian Kerajaan demi meringankan beban rakyat dan memberikan pelbagai kelebihan serta bantuan tanpa mengira status, ras dan agama demi mencapai matlamat yang diukirkan oleh YAB Perdana Menteri.

PKRM berharap untuk mendapatkan sokongan daripada setiap pihak supaya kita dapat berganding bahu dan bersama-sama memberikan fokus kepada keharmonian rakyat dan memperkasakan lagi segala perkara berkaitan kemasyarakatan dan membina Malaysia yang inklusif serta gemiliang di persada dunia. PKRM juga merupakan Rakan Perpaduan berdaftar di bawah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Jabatan Perdana Menteri yang memberikan penekanan ke atas perpaduan rakyat Malaysia. Selain itu, PKRM juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah program Mycorporate Care.

PKRM terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti seperti:

  • Kempen Derma Darah
  • Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah bersama PDRM dan RELA
  • Program Jelajah Kempen Kesedaran HIV/AIDS
  • Program Penerbitan Buku-Buku Berkaitan YAB Perdana Menteri Malaysia
  • Program Kebajikan Masyarakat Malaysia & Anak Yatim
  • Majlis Santai Bersama Pemimpin & Rakyat
  • Program Transformasi Nasional
  • Majlis Perasmian & Penyerahan Bantuan Kerusi Roda Oleh Mantan Pengerusi YAM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
  • Majlis Sumbangan Bantuan Kerusi Roda Kepada One Malaysia Assistance Centre
  • Bantuan Kerusi Roda Kepada Hospital-Hospital Kerajaan, Klinik Kesihatan dan Lain-Lain
  • Terlibat dalam Program Penjimatan Kos Perkhidmatan Insuran Untuk GLIC/GIC/Sektor Swasta
  • Memperkenalkan Insuran Kemalangan PERCUMA
  • Pengeluaran Kad Keahlian Kehormat
  • Program Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM) & Lain-lain

PKRM

Bertanggungjawab membantu Kerajaan dalam mengutamakan kebajikan individu – individu OKU, pesakit-pesakit kronik, keluarga/individu fakir miskin dan mewujudkan platform untuk membantu dan meringankan/membasmikan kemiskinan rakyat demi menjamin Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

(To Provide Facilities to carry out the activities related to charitable for poor)

Memberikan bantuan kepada anak-anak atau keluarga yatim, balu-balu , bekas- bekas anggota Kerajaan / Penjawat Awam / Pesakit Kronik / Bantuan Kepada Hospital dan orang- perseorangan yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan bantuan ataupun sumbangan seperti barangan keperluan asas, peralatan rawatan kesihatan, khidmat pendidikan dan memberikan segala khidmat perkhidmatan yang diperlukan bagi menjamin Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dengan mengurangkan beban Kerajaan.

(To provide various services to allow the people’s stay to unite and continuously stay with support of help under living expenses and requirement and to reduce the burden of Government)

Aktiviti PKRM

Rakaman bergambar sebahagian daripada aktiviti PKRM:

Program Bantuan Bakul Makanan Negeri Raub Pahang
Misi Bantuan Banjir 2021
Bantuan Bencana Covid-19 PKRM
Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim 2019
Sumbangan Kerusi Roda untuk Pusat Khidmat Parlimen Langkawi Siri Kedua
Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Bakti Al-Kausar
Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (April 2019)
Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia 2019
Program Pencegahan Jenayah bersama PDRM
Lawatan Amal ke Legoland Bersama Anak-Anak Yatim
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitril Bersama Warga Jabatan Sukarelawan WPKL
Program Interaksi Perpaduan 2016 Bersama JPNIN
Sumbangan Katil dan Tilam Rumah Bakti Nur Syaheera
Program Ziarah PUSPANITA
Penyerahan 5 Unit Kerusi Roda Untuk JKM Melaka
Program CSR Bersama CGC Malaysia
Bantuan Kerusi Roda Untuk Sukarelawan Simpanan PDRM

Logo PKRM

PKRM

Biru

Melambangkan Kemakmuran, Kekuatan dan Berwibawa

Merah

Melambangkan Produktif dan Keberanian

Oren

Melambangkan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Biru

Melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia

Kata-kata Aluan

Keahlian PKRM

Pelantikan Khas “Ahli Kehormat PKRM” adalah merupakan pelantikan yang dianugerahkan secara eksklusif kepada individu yang memenuhi kelayakan dan terpilih sama ada dari kalangan Pegawai Kerajaan, Korporat, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta, Aktivis Masyarakat, Ahli Perniagaan serta orang awam yang terpilih akan menerima watikah perlantikan khas tersebut daripada Pengerusi PKRM.

Penganugerahan Pelantikan Khas “Ahli Kehormat PKRM” ini adalah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan daripada Jawatankuasa Tertinggi PKRM di atas jasa dan budi prihatin serta sokongan dan sumbangan bakti dalam membantu PKRM untuk merealisasikan matlamat dan objektif khususnya dalam menjayakan hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik amnya.

Calon yang terpilih untuk dianugerahkan Pelantikan Khas ini mestilah terdiri daripada individu yang telah banyak berjasa serta prihatin terhadap hal ehwal kebajikan masyarakat serta bersih daripada sebarang aktiviti jenayah atau kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Pelantikan Khas ini akan diperakui sah untuk suatu tempoh tertentu tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Tertinggi PKRM. Kategori pelantikan pula berdasarkan kepada nilai tajaan/sumbangan yang telah dibuat terutamanya dalam program-prpogram anjuran PKRM yang bertujuan untuk kebajikan rakyat Malaysia dan pembangunan masa depan pertubuhan.

Individu yang telah dilantik secara rasmi dan sah akan diiktiraf dengan gelaran “Ahli Kehormat PKRM” dan seterusnya layak untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Persatuan.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami sila isikan dan hantar borang pendaftaran online ini.

Borang Pendaftaran Ahli PKRM

Pembelian:
Pengakuan:
Saya dengan ini bersetuju untuk mendaftar sebagai Ahli PKRM. Segala butiran yang tertera di atas adalah benar dan saya berjanji akan berpegang kepada tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak PKRM.

Saya juga mengambil maklum bahawa PKRM mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan / menarik balik / gantung keahlian sekiranya kad keahlian ini disalahgunakan.
Dengan menekan butang "Hantar" ini saya bersetuju dengan segala pengakuan di atas.
 

Permohonan Bantuan Kerusi Roda Rakyat Malaysia (BKRRM) Online

Muatnaik dokumen sokongan:
PKRM tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga
 
PKRM bekerjasama dengan:
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Kesihatan Malaysia Jata Rela
Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Pembangunan Wanita Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat PUSPANITA
Logo Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)
"SOCIETY FOR THE WELL-BEING OF MALAYSIAN CITIZEN"

Aras 3 Suite3.11 Menara Ampwalk North Block
No. 218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03 - 2161 1999 , 2164 4999
Faks: 03 - 2163 1999
E-mel: urusetia@rakyatmalaysia.org.my



Laman ini telah dikunjungi sebanyak:
14886
Kemaskini: 01/12/2021