Kuala Lumpur 7 Oktober 2020 โ Pengerusi Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia YH Penolong Pesuruhjaya Kanan Rela (B) Datoโ Ranjith berkata , PKRM telah memperkenalkan laman web baharu dengan pautan khas yang menyediakan borang permohonan secaraย โOnlineโย untuk permohonan bantuan kerusi roda.
Kini pemohon bantuan kerusi roda tidak lagi perlu mengisikan borang fizikal dan hanya dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan mendaftar permohonan melalui laman portal rasmiย https://www.rakyatmalaysia.org.myย dan bantuan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum , agama dan bangsa.ย ย Kemudahan ini disedikan khas kepada golongan miskin dan individu kurang upaya yang tidak mampu memiliki kerusi roda apabila adanya keperluan.ย
Objektif kami adalah untuk memastikan semua rakyat yang memerlukan bantuan kerusi roda ini dibantu sepenuhnya dan ini membolehkan mereka bergerak dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Persatuan akan menilaikan setiap permohonan mengikut semakan tertentu dan juga memberikan pertimbanganย ย untuk menggantikan kerusi rodanya yang sudah uzur. Sebagai sebuah persatuan yang terpanggil dalam kerja-kerja amal, PKRM akan teruskan usaha mencari dan mengenalpasti permintaan-permintaan bantuan kerusi roda ini khususnya kepada yang tingga di Kawasan luar bandar.
Sila layari laman webย www.rakyatmalaysia.org.myย untuk membuat permohonan bantuan dan kepada yang sudi mendermakan juga boleh dibuat secara online.
โkami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja-penaja program yang membantu menjayakan program yang dianjurkanโ kata Dato Ranjith.
Disediakan Oleh:
Haji Isma Zaimei Bin Ishak
Naib Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
E:isma.zaimei@rakyatmalaysia.org.my
Aras 3 Suite 3.11 Menara Ampwalk North Block
No.218 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
TEL: 03-21611999 , 2164 4999 FAX:603-2163 1999