Kuala Lumpur - Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepadaย YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassinย di atas pelancaran Dasar Perpaduan Negara yang bersifat inklusif, jelas dan kohesif, demi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya.
PKRM yang juga merupakanย โRAKAN PERPADUANโย yang berdaftar dibawah JPNIN berkomited sebagai penggerak perpaduan bagi memastikan semua rakyat berkerjasama dalam membolehkan Kerajaan mencapai objektif Dasar Perpaduan dan Rangkaย Tindakan Perpaduan Negara 2030.
PKRM juga menekankan bahawa prinsip Perpaduan yang berpegang kepada perlembangan perseketuan dan amalan Rukun Negara adalah merupakan platform utama dan PKRM bersedia memastikan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, kaum , agama, status dan keturunanย ย terus memberikan tanggungjawab kewarganegaraan demi menjamin kemakmuran bersama negara tercinta.
PKRM kini telah membuka laman web rasmiย www.rakyatmalaysia.org.myย untuk menjemput seluruh rakyat Malaysia mendaftar menjadi Ahli Kehormat bagi kita bersama-sama menggerakan halatuju perpaduan sambil membantu dan merealisasikan matlamat Kerajaan kearah mencapai perpaduan.
Usaha yang dilaksanakan oleh PKRM melalui program keahlian ini adalah amat penting supaya kita dapat bergabung secara satu keluarga dalam menjadi ejen perpaduan bagi membawa aspirasi perpaduan ke hadapan melalui aktiviti, pelan- pelan strategik persatuan dalam usaha memperkasakan landasan Perpaduan Negara. Untuk sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh hubungiย Cik Mastura binti Umar Bakiย ditalianย 03-21611699ย atauย 03-2164 4999.
Sekian.
[YDH PENOLONG PESURUHJAYA KANAN RELA (KEHORMAT) DATO RANJITH]
Pengerusiย
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
E:ย datoranjith@rakyatmalaysia.org.my